ziarah lagi ye.. ;)

siapa setuju untuk buat reunion 8 tahun akan datang?

Friday, March 19, 2010

slip keputusan SPM

bismillah, alhamdulillah kita masih hidup pada hari ini dan diluangkan sedikit masa oleh Allah untuk membaca post ini.



baru² ni, semua bekas calon SPM 2009 digegarkan dengan pengisytiharan keputusan SPM 2009 akan keluar pada 11 Mac 2010. sebelum hal ini diisytiharkan oleh pihak kementeriaan, terdapat pelbagai khabar angin mengatakan bahawa tarikh keputusan akan keluar pada 11 mac, 16 mac, 27 feb dan sebagainya. pemerhatian ana, space message box dlm handphone ana penuh dgn pengkhabaran tarikh keluar result dan perasaan yang memuncak untuk mengambil keputusan. wallahualam.

alhamdulillah, ana sempat ambil keputusan spm pada 11 Mac, iaitu hari pertama keputusan keluar. tapi, tak la awal pagi.. risau terserempak dgn muallim/ah + kwn² + junior. hehe, kena pandai susun tektik.

walauapapun keputusan kita, ingatlah bukan setakat sijil SPM yang menentukan arah tuju hidup kita selepas ini. apa yang penting, IMAN dan TAQWA itu sendiri. kalau seseorang itu dapat 11A sekalipun, tapi kurang rasa syukur, sama je dengan orang yang tak ambil spm. yang lebih bagus, mereka yang redha dengan apa jua keputusan di slip. sebab, itulah yang menunjukkan kita betul² sudah tawakal kepada Allah.

tahniah kepada semua kawan² ana...! alfun mabruk ya ukhti...!!! kemenangan dan kejayaan tak boleh diukur dengan kita naik pentas untuk mengambil penganugerahan. ingat itu. sesekali tidak..! kita masih diberikan jalan untuk meningkatkan diri kita. ade je orang yang dapat 12A ketika spm, tapi akhirnya jadi orang gila. sbb diri dia still tak boleh merancang dengan betul. terlalu fikir untuk mengecapi kepentingan duniawi. na'uzubillah-min-zaalik.

harapan yang pasti, jangan berputus asa. Allah sesekali tak suka orang yg putus asa. sbb sifat putus asa ni merupakan sifat orang kafir. (bukan ana ckp, tp ada dlm ayat Quran) memang kita agak sedikit sedih dan kecewa, namun kesedihan itu perlu disaluti dengan rasa syukur dan redha. kita sendiri kena berbaik sangka dengan Allah. walaupun kita ni slalu amalkan petua pelajar cemerlang, jaga hati guru, tak pernah tidur time kelas, ikut 100% peraturan sekolah,... namun, itulah yang terbaik buat diri kita. amat³ terbaik untuk diri kita.

Allah nak dengar lagi rintihan kita. Allah memang suka kita hampir denganNya. Allah cinta kita bila kita tabah dan tak merungut-rungut dengan qada' dan qadarNya. bagi yang berjaya, ingatlah itu merupakan rezeki terbesar buat anda. orang lain pun usaha jugak, tapi rezeki itu tak sampai kat orang lain. jangan sesekali pandang rendah kat orang lain. itulah ujian anda bagaimana untuk menjaga dan mengunci hati daripada sifat² mazmumah. na'uzubillah.

ayuh, lepas ni tak payah fikir pasal result spm tu.. kita pandang ke depan. fokus isi borang ke ipt/ universiti. isi je banyak². jadilah apa yang kita cita²kan sebelum spm(doktor pakar sakit puan, protaz, peguam, akauntan islamik, guru, askar dsb) slip keputusan spm tu sekadar sekeping tiket masuk untuk ke ipt. walaupun kena sedikit lebih peruntukan, anggaplah itu bonus pahala kita dalam mengeluarkan harta ke jalan jihad-fi-sabil-liLlah.

mana yang baik, datang daripada Allah. mana yang buruk, datang daripada diri ana sendiri. alfun ma'alish kalau ada yang terasa dengan himpunan huruf.

wallahualam

No comments:

Post a Comment

harapan

kita adalah generasi harapan agama. walaupun kita wanita, tidakkah Aisyah Humaira' r.a dan Fatimah az-Zahra' r.a itu juga wanita..? kita mampu membangkitkan kembali daulah yang lama tidak kelihatan. walaupun hanya dengan sebuah blog...