ziarah lagi ye.. ;)

siapa setuju untuk buat reunion 8 tahun akan datang?

Thursday, September 16, 2010

Saya cakap, terima kasih

Bismillah, salaamun 'aleyk
*Maaf untuk post yang agak panjang dan mungkin bosan, harap sabar dan setia baca baris demi baris. Syukran.
***
'Erti hidup untuk memberi' seorang teman saya suka benar quote ni. Saya pun suka. 'bila saya menerima, saya belajar untuk memberi' saya juga suka quote ni- pasti, beri pada yang lain sesuatu yang baik.
Memberi. Luas skopnya, teramat. Memberi pada Tuhan, kita mengabdikan diri, menurut perintah, dll. Kita memberi ketundukan dan patuh kepada-Nya. Memberi pada makhluk, most simple example (s) ; memberi senyuman pada orang lain, beri salam, siram pokok, dll.
*Kengkawan, baca sini, ana ada satu cerita :) Tapi bukan apa pun, sekadar perkongsian dari pengalaman. Allahua'lam.
Hidup sebagai seorang uni student ada bezanya, hidup sebagai seorang uni student tak ada bezanya. Berbeza, sebab suasana uni yang tak macam sekolah. Tak ada beza sebab kita masih bergelar 'student', kita orang yang menuntut ilmu- sama macam pelajar sekolah. Alhamdulillah, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA di Malaysia tanah airku. Syukur! Even cemburu dengan anda yang berpeluang ke luar negara, Al-Azhar khususnya. oke. Dipendekkan ceritera, bila masuk tempat baru, saya dapat kawan baru. Sungguh, mereka baik-baik saja. Tapi, manusia ada lebih dan kurangnya. Seperti saya.
Seperti saya, pasti kebanyakan anda mengalamai apa yang saya alami- percampuran, pergaulan bebas antara lelaki perempuan. Tapi, bukan itu yang nak dibincangkan sekarang ni. Apa yang saya nak kongsi ialah- PERASAAN. Saya jumpa macam-macam jenis orang, macam-macam perasaan. Sensitif over dose *maaf, agak panas baran *maaf lagi, suka bercakap- kalau benda baik tak kisah, tapi kalau suka argue- even benda tah apa-apa, memang saya kisah *maaf lah.
Kasih dan kisah. Saya kisahkan kawan-kawan perempuan saya. Semampunya, saya cuba faham dan jaga mereka. Tapi, seperti kata sudah, setiap manusia ada kelemahan dan sedayanya juga, saya cuba menerima kelemahan yang lain. Lesson 1 : Saya belajar untuk menerima- celebrate our differences! Malah, di sini saya juga merasa betapa indahnya ukhuwah lillahi ta'ala. Lesson 2 : Kasihlah kerana Allah- memang berbaloi. Kekadang, ada kawan saya yang bergaduh dengan kawan lagi satu. Bergaduh sebab hal remeh. Allahua'lam. Jadi, kadang-kadang saya terfikir. Kasih kerana apa? Sayang kerana apa? Saya juga akan tanya diri sendiri. Kawan sebab apa? Memberi sebab apa? Ikhlas atau tak, tanyalah hati. Ikhlas, hanya Dia mampu nilai. Tepuk kepala kerunsingan, tepuk perut kekenyangan, tepuk dada tanyalah iman. Jadi, ada waktunya saya sangat rindukan ukhuwah bersama-sama anda :)
'Give and we shall receive', ikhlaslah dalam memberi apa jua. Insya-Allah, Allah akan beri sebaik-baik ganjaran. Bukanlah pujian mahupun penghargaan gah daripada manusia yang kita ternanti-nanti, kan, kan? Memberi. Jadi, seikhlas hati, tulus dari hati, terima kasih. Sama-sama memberi. Lagi, saya cakap, terima kasih ini. Sudilah untuk menerima kasih saya ini. Lillahi ta'ala, insya-Allah. Moga terlerai segala tegang urat antara kita, prasangka, dll.
Terimalah kasih daripada saya ini. Moga Allah reda!
Daripada saya yang cinta anda ;
p/s: Maaf atas segala kurang dari post ni. Ana, faqir ilallah.

Wednesday, September 15, 2010

kak Najwa Nagmudin sayang~

bismillah. salaamun alayk.

*secara jujurnya, ana sendiri tak dikurniakan feeling utk ke oversea.

bila kak najwa tulis status;

esooooooooooook,daku akan meninggalkan tanah airku...sayu rasenye!!

wahwah~ sebak rasa dada ni! rancang nak excort kak wa ke klia. tp, Allah Maha Merancang.. alfun ma'alish kak wa, tak dapat nak excort. sbb ada org baru balik dari kampung.

bila dengar lagu selamat tinggal sahabat- izis, nak nangis pun ada....... rindu kak wa!!!! jgn lupa ktorg yek. rajin² la bukak blog ni. ='(


doakan kak najwa pergi dan balik dgn selamat. all the best kak najwa!



*hayati vid ni.. ='( asifah, tak seberapa.

Friday, September 3, 2010

excort them...


assalamualaikum wa rahmatullah,



macam mana nak buka bicara ye?macam ni lah...
sebagaimana yang kita tahu ada lebih kurang 4 kawan kita yang akan terbang ke negara lain(apa pun masih di bumi yang sama dan di bawah langit yang sama kan? ;) ) Jadi post ni nak tujukan khas buat kita yang masih tinggal.Siapa yang boleh 'excort' kawan2 kita ni?senarai hari yang akan mereka terbang adalah seperti di bawah:

16 september 2010
kak nurul najwa binti nagmudin
Jordan

17 september 2010
khairunisa nabilah mohd syukor *hehe, baru tau, so kne highlight skit. =p
Jordan

19 september 2010
1.30 pg
kak nafisah binti noor malek
Mesir

29 september 2010
aqilah binti roslan
kak shafiah solehah binti ismail
Mesir

Jadi,siapa yang ada kesempatan untuk excort kwn2 kita ini,digalakkan untuk excort mereka ;)
p/s:jgn sebak2 ye....

em,xlupa juga kpd senior2 kita yang akan terbang:

15sept2010:kak fadhlin
18sept2010:kak maryam
19sept:kak 'atiqah ayob

harapan

kita adalah generasi harapan agama. walaupun kita wanita, tidakkah Aisyah Humaira' r.a dan Fatimah az-Zahra' r.a itu juga wanita..? kita mampu membangkitkan kembali daulah yang lama tidak kelihatan. walaupun hanya dengan sebuah blog...