ziarah lagi ye.. ;)

siapa setuju untuk buat reunion 8 tahun akan datang?

Tuesday, March 8, 2011

KELEBIHAN WANITA SOLEHAH

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih
baik dari 1,000
orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya m
erupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’ alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mere
ka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab..

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keromah (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” . Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang
yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. ”

50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringa
n pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.

p/s: Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapa
t diambil ibrah darinya.

Wednesday, February 9, 2011

fuhhh..lama btul x tulis kat blog nie..almaklum la..org tgh bz..cehh..padahal 24 jam mengadap lappy..hahaha..tp mengadap lappy 24 jam tu pon utk assignment...pape pon,sementara tgh free nie,menaip la kejap..

sem lps,sorg member ana,indian girl,kteorg tgh study grup dgn lg sorg member muslim..tetibe,otak tgh pening2 time tu mengira mathematics,dye ckp dye x nk kawin..haha..maybe bnde nie mcm klakar tp lps tu member ana yg sorg lg tu tnye nape dye x nk kawin..then,she told us her reason..then,my muslim frenz bg tau kat dye klau dlm Islam sgt digalakkan utk mendirikn rumahtangga,bahkan dpt pahala sbb ikut sunnah..then,my muslim frenz tu explain la nape Islam galakkan umatnya menikah...bla3...habis dye explain...then,theva,my indian frenz tnye lg mcm2 about Islam...actually,she keep asking about Islam,about everything..

then,kwn muslim ana tu tnye theva,kalau la dye diberi peluang utk convert into Islam,dye nk x???subhanallah..cuba teka ape dye jawab...
dye jwb..
"IF I HAVE GIVEN THE CHANCE,YES...I WILL CONVERT INTO ISLAM.."

ya Allah,bygkan ape perasaan ntunna klau kwn non-muslim ntunna ckp cmtu...time tu,ana betul2 doa semoga Allah bukak hati dye..then,dye mintak kwn muslim ana tu cite about history of Islam...sbb dye kate dye teringin sgt nk tau sejarah Islam...tp kwn ana tu x mampu nk cite,so dye serahkn kat ana..tp time tu tgh study utk exm..so,ana ckp kat dye ana akan cite lps exm..

skrg nie dh masuk sem 3..sem last utk kami..tp ana x cite lg kat dye...mencari masa yg sesuai..

pape pon,ana mintak sgt kat ntunna utk doakn indian frenz ana tu...sbb ana tgk,dye byk sgt persoaln dlm kpala..dn setiap kali dye bertnye,sedaya upaya ana explain kat dye..bkn sekali dua dye tnye,dh byk kali...mudah-mudahan..amin~



Friday, December 3, 2010

complex'''

Q : Define pressure.
A : pre-exam mood.

***selingan. heheh.***

bismillah. syukur! Sebab berpeluang lagi menulis di blog ni, alhamdulillah.

'humans are complex'
Manusia itu kompleks? Mungkin, sebab dia multicell organisms :D Ya, manusia ada otak, perasaan dan akal tahu, jadi dia lebih kompleks berbanding kucing yang berotak-perasaan tapi tak ada akal (?) Kompleksss sangat, unpredictable kot!

Maka note 1 : Homosapiens/Humans - mega complex (!?)

highlighted : complex - feelings.
[Bukannya tak seronok cerita tentang akal dan otak tu, tapi saja nak highlight perasaan. OK kan?] Manusia ada perasaan, sebab kita bukan android :D OK, variasi perasaan. Perasaan juga biasanya lahir dari keadaan sekeliling (oh, mesti.)

contoh mudah :
Situasi : Lulus peksa cemerlang-gemilang.
Perasaan : 'oh, bahagianya!' - syukur.

Tapi, tapi, apa perasaan kita sekalipun, dalam apa keadaan sekalipun, semua tu kehendak Dia. Ada perasaan gembira? Syukur pada Dia. Sedih, kembalilah pada Dia, muhasabah. Perasaan cinta pada seseorang, landaskan kerana Dia. Bahkan, semua yang kita rasa perlu kerana Dia. tak kira apa.

Note 2 : Feelings - Intentions, Lillahi ta'ala.

Jadi tahulah, bahawa manusia tu bermacam-macam. Kadang-kadang kita sibuk terkotrek-korek peribadi, silap-betul orang lain. Kalau cari kebaikan tak apa - kita boleh contohi, tapi kalau sibuk sangat cari silap orang... (?)

Maka nampaklah, manusia tu bermacam-macam. Sangat perlu untuk berkolaborasi dengan yang lain, sebab hidup ni bukan tentang diri sendiri saja. Ya, manusia kompleks sebab kadang-kadang, diri kita sendiri pun, perasaan sendiri pun kita susah nak figure out, kan? Apa lagi orang lain. Jadi, belajar untuk terima lebih-kurang diri sendiri dan orang lain.

Moralnya : *Hey, figure it yourself. Biar hemat anda tentukan, boleh?

Love. Allah bless, ameen.

p/s : Asifah untuk post yang mungkin tak sampai maksud ni. See, told ya, even sometimes- I can't really portray my thoughts well. Complex.

Thursday, December 2, 2010

bumi mesir


bismillah. alhamduliLlahhhhh! sangat2 bersyukur sebab masih boleh menabur ayat2 kat blog batch. 3 perkataan yang lama disimpan untuk diluahkan, SAYA RINDU ANDA!! ya, ANDA lah!!

perjalanan 2 bulan di bumi rantau really taught me how to be a person-> a good listener, a good friend, a good student, a good da'ie, a good daughter, a good leader....etc! setakat mana pengalaman ana di malaysia, susah nak dibandingkan di sini (cairo). betul2 berbeza....

ditambah jurusan medik, pengurusan diri untuk menggunakan masa sangat penting. seminit kita terlambat, habissssslah! nak kejar 'bas' bukan senang. kalau kita tak lari cepat2, habis kita kena langgar. as we knew before, ada yang kena kejar bas untuk nak naik bas. hamdaLlah, stakat ni ana tak kena kejar bas lagi.. just tahan dengan tangan, inshAllah bas akan berhenti dan jalan balik lepas kita naik. :)

alhamduliLlah...! memang sangat tak jangka akan jejak kaki di sini. sebelum SPM, rancang nak pegi jordan or somewhere else selain mesir. ((wamakaru wamakaraLlah, waLlahu khairul maakirin)) Allah memang sebaik2 pengatur!!! bila ingat balik result SPM, memang rasa ana takde harapan nak teruskan cita2.. medik memang tepi habis2.

parents lagi la...nampak sedih sangat. sebagai anak, boleh nampak kalau parents kita tengah sedih. apatahlagi diri ni.. ya Allah, hati time tu hanya mampu pasrah dan redha sngat2!! as same time, very proud dengan kawan2. jadi tak rasa sedih mana pun.

alhamduliLlah, Allah buka jalan dan buka mata parents... parents ana yang banyak berkorban. buat itu, settlekan ini, bayar itu, pergi pejabat ini... ((semoga Allah berkati jasa mereka!))

after a while, hati dah mula bertapak di sini... makanan, masyarakat sekeliling, lecturers, study, kelas Quran, majlis2 tarbawi sangatttttt manfaat, inshAllah.

other side, ana ditaqdirkan duduk serumah dengan mereka2 yg berlatarkan SBP, MRSM dan SMK.. alhamduliLlah dapat housemates yang inginkan bi'ah solehah itu SENDIRI. :) bila ana dekat graf futur, mereka akan ingatkan ana... syukruliLlah! payah nak cari kawan yang betul2 nakkan perubahan. :)

kelu neurons nak teruskan ayat..... (dah lama tak update blog. ayat bm pun macam tak berapa nice dah.) minta maaf banyak2...! dah lama sangat tak update blog. meh ramai2 meriahkan blog ni. apa hal, text najihah Ashaari. (boleh kan najihah? ;) )

1 more thing, khususan ila ukhti Nur Najihah binti Abdul Muhaimin, barakaLlahu lakuma wa jama'a bikhair!!!! asiifah sngat2, tak dapat turun padang. :(

percayalah, percayalah, percayalah SAYA RINDU KALIAN!!!!!


*nak tengok gmbar2 kat mesir, ziarah fb cik aQal. jgn lupa, drop something kat wall fb ana ye. :)

Sunday, November 28, 2010

JEMPUTAN Walimatul Urus


Watikah Jemputan Pengantin Perempuan

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

USTZ HJ. ABD MUHAIMIN BIN MOHD SHAHAR
& HJH. NORIDAH BT SEMAN


DENGAN MEMOHON REDHA DAN CINTA ALLAH S.W.T,KAMI DENGAN SEGALA HORMATNYA MENGUNDANG

........Akhawat Batch 15 SMIH.........

SEKELUARGA KE MAJLIS WALIMATUL URUS PUTERI & PUTERA KAMI

Nur Najihah Binti Abd Muhaimin
DENGAN
Muhammad 'Afifi Bin Ahmad Kamil

Pada 18 Disember 2010(12 Muharram 1432H)
Bertempat di Lot 288A,Bt 18,Jln Klang,45800,Jeram,Kuala Selangor.(SMIH)
Masa:12.00 Tengahari - 4.00 Petang

Semoga Doa Dan Kehadiran Semua Akan Menyerikan Lagi Majlis Kami Dan Diberkati Allah S.W.T
JAZAAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Saturday, October 30, 2010

'peace'

bismillah
"Heyya... it's you yourself who shall make the wake-up call. Others may shout and crowd, telling you to wake up. But, since you lose, calmly lolling underneath the deadly-cozy blanket, they just won't make it. They won't make it. It's up to you, I tell ya."

'cause it's ain't three. Either live in dignity or die as a martyr- 'Peace'

*a sort of reminder, for me actually :) but it's nice to share it with you, right? Jihad ta'leem.
Mujahadah, akhawati ahibba', may God bless us.

Love,

Wednesday, October 6, 2010

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.

Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

02.

Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

03.

Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

04.

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

05.

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

06.

Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

07.

Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

08.

Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam

dipetik drpd : www.iluvislam.com

Info Penulis

Saudara Zulhafidz Yahaya merupakan Ketua Team Designer bagi iLuvislam.com. Beliau merupakan anak kelahiran Grik, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Selangor (2006). + www.facebook.com/agmnhob


harapan

kita adalah generasi harapan agama. walaupun kita wanita, tidakkah Aisyah Humaira' r.a dan Fatimah az-Zahra' r.a itu juga wanita..? kita mampu membangkitkan kembali daulah yang lama tidak kelihatan. walaupun hanya dengan sebuah blog...