ziarah lagi ye.. ;)

siapa setuju untuk buat reunion 8 tahun akan datang?

Friday, December 3, 2010

complex'''

Q : Define pressure.
A : pre-exam mood.

***selingan. heheh.***

bismillah. syukur! Sebab berpeluang lagi menulis di blog ni, alhamdulillah.

'humans are complex'
Manusia itu kompleks? Mungkin, sebab dia multicell organisms :D Ya, manusia ada otak, perasaan dan akal tahu, jadi dia lebih kompleks berbanding kucing yang berotak-perasaan tapi tak ada akal (?) Kompleksss sangat, unpredictable kot!

Maka note 1 : Homosapiens/Humans - mega complex (!?)

highlighted : complex - feelings.
[Bukannya tak seronok cerita tentang akal dan otak tu, tapi saja nak highlight perasaan. OK kan?] Manusia ada perasaan, sebab kita bukan android :D OK, variasi perasaan. Perasaan juga biasanya lahir dari keadaan sekeliling (oh, mesti.)

contoh mudah :
Situasi : Lulus peksa cemerlang-gemilang.
Perasaan : 'oh, bahagianya!' - syukur.

Tapi, tapi, apa perasaan kita sekalipun, dalam apa keadaan sekalipun, semua tu kehendak Dia. Ada perasaan gembira? Syukur pada Dia. Sedih, kembalilah pada Dia, muhasabah. Perasaan cinta pada seseorang, landaskan kerana Dia. Bahkan, semua yang kita rasa perlu kerana Dia. tak kira apa.

Note 2 : Feelings - Intentions, Lillahi ta'ala.

Jadi tahulah, bahawa manusia tu bermacam-macam. Kadang-kadang kita sibuk terkotrek-korek peribadi, silap-betul orang lain. Kalau cari kebaikan tak apa - kita boleh contohi, tapi kalau sibuk sangat cari silap orang... (?)

Maka nampaklah, manusia tu bermacam-macam. Sangat perlu untuk berkolaborasi dengan yang lain, sebab hidup ni bukan tentang diri sendiri saja. Ya, manusia kompleks sebab kadang-kadang, diri kita sendiri pun, perasaan sendiri pun kita susah nak figure out, kan? Apa lagi orang lain. Jadi, belajar untuk terima lebih-kurang diri sendiri dan orang lain.

Moralnya : *Hey, figure it yourself. Biar hemat anda tentukan, boleh?

Love. Allah bless, ameen.

p/s : Asifah untuk post yang mungkin tak sampai maksud ni. See, told ya, even sometimes- I can't really portray my thoughts well. Complex.

Thursday, December 2, 2010

bumi mesir


bismillah. alhamduliLlahhhhh! sangat2 bersyukur sebab masih boleh menabur ayat2 kat blog batch. 3 perkataan yang lama disimpan untuk diluahkan, SAYA RINDU ANDA!! ya, ANDA lah!!

perjalanan 2 bulan di bumi rantau really taught me how to be a person-> a good listener, a good friend, a good student, a good da'ie, a good daughter, a good leader....etc! setakat mana pengalaman ana di malaysia, susah nak dibandingkan di sini (cairo). betul2 berbeza....

ditambah jurusan medik, pengurusan diri untuk menggunakan masa sangat penting. seminit kita terlambat, habissssslah! nak kejar 'bas' bukan senang. kalau kita tak lari cepat2, habis kita kena langgar. as we knew before, ada yang kena kejar bas untuk nak naik bas. hamdaLlah, stakat ni ana tak kena kejar bas lagi.. just tahan dengan tangan, inshAllah bas akan berhenti dan jalan balik lepas kita naik. :)

alhamduliLlah...! memang sangat tak jangka akan jejak kaki di sini. sebelum SPM, rancang nak pegi jordan or somewhere else selain mesir. ((wamakaru wamakaraLlah, waLlahu khairul maakirin)) Allah memang sebaik2 pengatur!!! bila ingat balik result SPM, memang rasa ana takde harapan nak teruskan cita2.. medik memang tepi habis2.

parents lagi la...nampak sedih sangat. sebagai anak, boleh nampak kalau parents kita tengah sedih. apatahlagi diri ni.. ya Allah, hati time tu hanya mampu pasrah dan redha sngat2!! as same time, very proud dengan kawan2. jadi tak rasa sedih mana pun.

alhamduliLlah, Allah buka jalan dan buka mata parents... parents ana yang banyak berkorban. buat itu, settlekan ini, bayar itu, pergi pejabat ini... ((semoga Allah berkati jasa mereka!))

after a while, hati dah mula bertapak di sini... makanan, masyarakat sekeliling, lecturers, study, kelas Quran, majlis2 tarbawi sangatttttt manfaat, inshAllah.

other side, ana ditaqdirkan duduk serumah dengan mereka2 yg berlatarkan SBP, MRSM dan SMK.. alhamduliLlah dapat housemates yang inginkan bi'ah solehah itu SENDIRI. :) bila ana dekat graf futur, mereka akan ingatkan ana... syukruliLlah! payah nak cari kawan yang betul2 nakkan perubahan. :)

kelu neurons nak teruskan ayat..... (dah lama tak update blog. ayat bm pun macam tak berapa nice dah.) minta maaf banyak2...! dah lama sangat tak update blog. meh ramai2 meriahkan blog ni. apa hal, text najihah Ashaari. (boleh kan najihah? ;) )

1 more thing, khususan ila ukhti Nur Najihah binti Abdul Muhaimin, barakaLlahu lakuma wa jama'a bikhair!!!! asiifah sngat2, tak dapat turun padang. :(

percayalah, percayalah, percayalah SAYA RINDU KALIAN!!!!!


*nak tengok gmbar2 kat mesir, ziarah fb cik aQal. jgn lupa, drop something kat wall fb ana ye. :)

Sunday, November 28, 2010

JEMPUTAN Walimatul Urus


Watikah Jemputan Pengantin Perempuan

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

USTZ HJ. ABD MUHAIMIN BIN MOHD SHAHAR
& HJH. NORIDAH BT SEMAN


DENGAN MEMOHON REDHA DAN CINTA ALLAH S.W.T,KAMI DENGAN SEGALA HORMATNYA MENGUNDANG

........Akhawat Batch 15 SMIH.........

SEKELUARGA KE MAJLIS WALIMATUL URUS PUTERI & PUTERA KAMI

Nur Najihah Binti Abd Muhaimin
DENGAN
Muhammad 'Afifi Bin Ahmad Kamil

Pada 18 Disember 2010(12 Muharram 1432H)
Bertempat di Lot 288A,Bt 18,Jln Klang,45800,Jeram,Kuala Selangor.(SMIH)
Masa:12.00 Tengahari - 4.00 Petang

Semoga Doa Dan Kehadiran Semua Akan Menyerikan Lagi Majlis Kami Dan Diberkati Allah S.W.T
JAZAAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Saturday, October 30, 2010

'peace'

bismillah
"Heyya... it's you yourself who shall make the wake-up call. Others may shout and crowd, telling you to wake up. But, since you lose, calmly lolling underneath the deadly-cozy blanket, they just won't make it. They won't make it. It's up to you, I tell ya."

'cause it's ain't three. Either live in dignity or die as a martyr- 'Peace'

*a sort of reminder, for me actually :) but it's nice to share it with you, right? Jihad ta'leem.
Mujahadah, akhawati ahibba', may God bless us.

Love,

Wednesday, October 6, 2010

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.

Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

02.

Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

03.

Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

04.

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

05.

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

06.

Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

07.

Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

08.

Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam

dipetik drpd : www.iluvislam.com

Info Penulis

Saudara Zulhafidz Yahaya merupakan Ketua Team Designer bagi iLuvislam.com. Beliau merupakan anak kelahiran Grik, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Selangor (2006). + www.facebook.com/agmnhob


Thursday, September 16, 2010

Saya cakap, terima kasih

Bismillah, salaamun 'aleyk
*Maaf untuk post yang agak panjang dan mungkin bosan, harap sabar dan setia baca baris demi baris. Syukran.
***
'Erti hidup untuk memberi' seorang teman saya suka benar quote ni. Saya pun suka. 'bila saya menerima, saya belajar untuk memberi' saya juga suka quote ni- pasti, beri pada yang lain sesuatu yang baik.
Memberi. Luas skopnya, teramat. Memberi pada Tuhan, kita mengabdikan diri, menurut perintah, dll. Kita memberi ketundukan dan patuh kepada-Nya. Memberi pada makhluk, most simple example (s) ; memberi senyuman pada orang lain, beri salam, siram pokok, dll.
*Kengkawan, baca sini, ana ada satu cerita :) Tapi bukan apa pun, sekadar perkongsian dari pengalaman. Allahua'lam.
Hidup sebagai seorang uni student ada bezanya, hidup sebagai seorang uni student tak ada bezanya. Berbeza, sebab suasana uni yang tak macam sekolah. Tak ada beza sebab kita masih bergelar 'student', kita orang yang menuntut ilmu- sama macam pelajar sekolah. Alhamdulillah, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA di Malaysia tanah airku. Syukur! Even cemburu dengan anda yang berpeluang ke luar negara, Al-Azhar khususnya. oke. Dipendekkan ceritera, bila masuk tempat baru, saya dapat kawan baru. Sungguh, mereka baik-baik saja. Tapi, manusia ada lebih dan kurangnya. Seperti saya.
Seperti saya, pasti kebanyakan anda mengalamai apa yang saya alami- percampuran, pergaulan bebas antara lelaki perempuan. Tapi, bukan itu yang nak dibincangkan sekarang ni. Apa yang saya nak kongsi ialah- PERASAAN. Saya jumpa macam-macam jenis orang, macam-macam perasaan. Sensitif over dose *maaf, agak panas baran *maaf lagi, suka bercakap- kalau benda baik tak kisah, tapi kalau suka argue- even benda tah apa-apa, memang saya kisah *maaf lah.
Kasih dan kisah. Saya kisahkan kawan-kawan perempuan saya. Semampunya, saya cuba faham dan jaga mereka. Tapi, seperti kata sudah, setiap manusia ada kelemahan dan sedayanya juga, saya cuba menerima kelemahan yang lain. Lesson 1 : Saya belajar untuk menerima- celebrate our differences! Malah, di sini saya juga merasa betapa indahnya ukhuwah lillahi ta'ala. Lesson 2 : Kasihlah kerana Allah- memang berbaloi. Kekadang, ada kawan saya yang bergaduh dengan kawan lagi satu. Bergaduh sebab hal remeh. Allahua'lam. Jadi, kadang-kadang saya terfikir. Kasih kerana apa? Sayang kerana apa? Saya juga akan tanya diri sendiri. Kawan sebab apa? Memberi sebab apa? Ikhlas atau tak, tanyalah hati. Ikhlas, hanya Dia mampu nilai. Tepuk kepala kerunsingan, tepuk perut kekenyangan, tepuk dada tanyalah iman. Jadi, ada waktunya saya sangat rindukan ukhuwah bersama-sama anda :)
'Give and we shall receive', ikhlaslah dalam memberi apa jua. Insya-Allah, Allah akan beri sebaik-baik ganjaran. Bukanlah pujian mahupun penghargaan gah daripada manusia yang kita ternanti-nanti, kan, kan? Memberi. Jadi, seikhlas hati, tulus dari hati, terima kasih. Sama-sama memberi. Lagi, saya cakap, terima kasih ini. Sudilah untuk menerima kasih saya ini. Lillahi ta'ala, insya-Allah. Moga terlerai segala tegang urat antara kita, prasangka, dll.
Terimalah kasih daripada saya ini. Moga Allah reda!
Daripada saya yang cinta anda ;
p/s: Maaf atas segala kurang dari post ni. Ana, faqir ilallah.

Wednesday, September 15, 2010

kak Najwa Nagmudin sayang~

bismillah. salaamun alayk.

*secara jujurnya, ana sendiri tak dikurniakan feeling utk ke oversea.

bila kak najwa tulis status;

esooooooooooook,daku akan meninggalkan tanah airku...sayu rasenye!!

wahwah~ sebak rasa dada ni! rancang nak excort kak wa ke klia. tp, Allah Maha Merancang.. alfun ma'alish kak wa, tak dapat nak excort. sbb ada org baru balik dari kampung.

bila dengar lagu selamat tinggal sahabat- izis, nak nangis pun ada....... rindu kak wa!!!! jgn lupa ktorg yek. rajin² la bukak blog ni. ='(


doakan kak najwa pergi dan balik dgn selamat. all the best kak najwa!



*hayati vid ni.. ='( asifah, tak seberapa.

Friday, September 3, 2010

excort them...


assalamualaikum wa rahmatullah,



macam mana nak buka bicara ye?macam ni lah...
sebagaimana yang kita tahu ada lebih kurang 4 kawan kita yang akan terbang ke negara lain(apa pun masih di bumi yang sama dan di bawah langit yang sama kan? ;) ) Jadi post ni nak tujukan khas buat kita yang masih tinggal.Siapa yang boleh 'excort' kawan2 kita ni?senarai hari yang akan mereka terbang adalah seperti di bawah:

16 september 2010
kak nurul najwa binti nagmudin
Jordan

17 september 2010
khairunisa nabilah mohd syukor *hehe, baru tau, so kne highlight skit. =p
Jordan

19 september 2010
1.30 pg
kak nafisah binti noor malek
Mesir

29 september 2010
aqilah binti roslan
kak shafiah solehah binti ismail
Mesir

Jadi,siapa yang ada kesempatan untuk excort kwn2 kita ini,digalakkan untuk excort mereka ;)
p/s:jgn sebak2 ye....

em,xlupa juga kpd senior2 kita yang akan terbang:

15sept2010:kak fadhlin
18sept2010:kak maryam
19sept:kak 'atiqah ayob

Sunday, August 29, 2010

..::video batch::..

salaamun alaik!

apa khabar iman & amal?

*hayati video kat bwh ni. miss you all!!


SIRI1




SIRI 2


--sekian--
mohon maaf andai ada terasa.

Thursday, August 26, 2010

bismillah....

juz wanna to share something...ana kat unisel skrang bez frenz dgn sorg bdak melayu (girlz) n 2 bdak india (sorg girlz,sorg boyz)...tp,ape yg ana nk share kat cni...betapa perasaan ana sekarang,ana lbh respect pd kwn2 non-muslim ana drp student muslim...that's why ana lbh suka berkwn dgn non-muslim drpd student seagama...nape ana ckp cmni???

ntunna bygkn betapa malunye apabila kte ditegur oleh non-muslim ttg hukum dlm agama kte sndiri...girlz muslim pukul mesra (yarkss...:p) non-muslim boy,boy tu ckp,
"mana blh sentuh2...haram la..."

ble ana dgr cite tu drp kwn ana,ana yg jd malu tp x tau la ape yg girlz tu rase...lg satu,ape jwpn yg ntunna blh bg ble non-muslim tnye cmni..."perempuan muslim wajib pkai tudung kn???tp nape ade muslim girlz yg x pkai tudung???"

ble bez frenz ana (indian boyz) tnye camtu,ana terkulat2 nk jwb...x tau nk explain cmne...dh la boy yg tnye...kalau girl, blh tahan lg la...

satu lg beza student muslim n non-muslim adlh student muslim alwayz skip de classes...kdg2,terpikir gak asal la student muslim jd cmni...sometimes,sbb bnde nie la w/pun nmpk kecik tp menyebabkn non-muslim x respect kat muslim...
bg diorg, org Islam nie pemalas,x de semangat nk blaja dn majukn diri sndiri (at least la..) terutama bln ramadhan yg mulia nie...

letih je,muka toyer je,sume bg alasan PUASA....haiii...masalah2...-_-'...tp tu la masalah umat Islam zaman skrang yg perlu diperbetulkn...

smpai ctu je...pape p0n,setuju dgn post admin sblm nie...still keep in touch sesama kte utk bg semangat kat shbt2 yg tgh down...gud luck 4 all :)...bittaufik wannajah...

bnde yg difikirkn baik utk manusia,itulah yg buruk bg dye sbnrnye...
dn bnde yg difikirkn buruk,itulah sbnrnye yg terbaik utk dye...

wallahua'lam..

Thursday, August 12, 2010

kata-kata aluan

salamun alaik! hehe, taktau nak bagi tajuk apa. =)

just sharing. tadi ziarah fb kawan² hira'. macam² status ada. tension belajar, in relationship with .... , tak pandai melukis, rindu ramadhan dekat sekolah, bosan pun ada, sedih, dsb.. bila ana buat survey, agak ramai yang down dengan sekeliling.

jadi, apa peranan kita sebagai kawan sekampung? yelah, hira' tu kampung kita jugak kan? =) rajin-rajin contact, DOAKAN kawan kita kuat! dengar cerita, ada yang dah berpunya pulak tu.. hehe, =p tak kisahlah kita dah pakai cincin ke, yang penting kita SEMUA dah berpunya. tak percaya? anda fikirlah sendiri. dengan siapa kita sudah bertunang...?

alhamdulillah! walau di mana sahaja kita berada, ingat misi kita.

1- belajar liLlahi ta'ala
2- meningkatkan ilmu
3- meningkatkan martabat bangsa, agama dan negara
4- memberikan keyakinan untuk sampai Islam
5- dsb

di samping itu, bergaul dengan masyarakat sekeliling perlu. amat perlu. tak boleh sia-siakan masa dengan perihal kita sahaja. kalau dulu kat sekolah kita kureng, time ni la kita nak tukar imej kita. buktikan kat masyarakat umum, SIAPA kita sebenarnya? eceh, macam nak berpolitik.. =p

kalau kita rasa down, ingat Allah banyak²! Allah takkan pilih orang yang tak mampu untuk buat something. kitalah selayak-layaknya!! ingat itu. kadang-kadang kita rasa tak mampu, ingat balik time kita nak amik spm. bila dah lepas spm, kita rasa 'Alah, spm tu~ macam tu je....!'

gunakan masa dengan amat baik! dah 17tahun/18tahun/19tahun masa kita berlalu. yang depan, kita tak tahu macamana coraknya. jadi, don't waste our time! nak berehat, takde masalah. nak bersembang pun, tak haram. bila dia haram? bila kita buat something yang Allah murka. wallahualam.

kadang-kadang ada yang frust tengok orang sekeliling. berihsan la. tak semua orang faham apa yang kita faham. lebih baik berbaik sangka, itu akan kurangkan kepedihan jiwa+mata.

still kena rujuk naqibah masing-masing. tak kisahlah dia ikut parti mana. jangan beria-ria libatkan diri dengan politik. medan kita sekarang, STUDY. nak berpolitik, tunggula time kita betul² matang /dewasa. (maaf kalau terasa!) walaubagaimanapun, ikatkan diri kita dengan mana² jemaah untuk kuatkan diri, rohani, dsb. rugi kalau diri kita (). wallahualam.

sharing is caring. caring is just for YOU! =)
salam perjuangan,
ur friend!!

Thursday, August 5, 2010

EXPERINCES IN UNiSEL....

alhmdulillah...
setelah sekian lama...akhirnye dpt gak ana post kat blog nie...
qilah dh smpai tnye2 dh...ble ana nk post cite ana..k la,kali nie ana nk cite my experiences selama hmpir 2 bln kat unisel..huhu~

first time dtg unisel,rasa mcm x caye...wah,bt0l ke aku dh masuk ipt nie???ya allah,btul2 excited time tu...hehe...

pegi plak tgk hostel...wow!!duduk kat umah teres 2 tingkat...tp jauh la dr kampus..20 km..
hari pertama ok lg...

masuk hari kedua...disbbkn ana x de kwn lg time tu...ana keseorgn mencari klaz...
aduhh...
time tu rase takut sgt...then, i asked someone...indian girls...rupa2nye diorg satu klaz dgn ana..
masuk2 klaz...sume org pndg...maklum la,ana sorg je yg pkai tudung labuh time tu...
w/pun sbnrnye x de la labuh mane p0n...segan syadid arr time tu...

bila mlm...call mak...
siap nangis2 lg tu...
nangis bkn sbb homesick...tp sbb takut...
takut dgn environment unisel...
couple,laki pompuan mmg x de batas langsung...
cket p0n x...bertepuk tmpr bg diorg biasa je...

housemate p0n ade yg smoking...
time tu mmg sgt perlu kuat...
then my mum said something to me...
to return my strength back...
honestly,2 minggu pertama kat ctu...ana berendam air mata...
x pernh rasa sedahsyat mcm nie...

seminggu lps tu,result rayuan upu kuar...ana check,dpt kat udm...satu ipt dgn zatul...dpt kos multimedia...lps bincg dgn family,parents ana x bg...diorg ckp jauh sgt...pape hal jd,susah diorg nk dtg...ana nangis lg time tu...nape2???ana btul2 x nmpk lg hikmah ALLAH campak ana ke ipt yg x islamic tu... jauh dr kwn2 yg sefikrah dgn ana...

tp skrg...
lps hampir 2 bln ana kat unisel...ana dh blh adapt dgn environment yg baru nie...x lah bermaksud ana turut sama dlm anasir2 yg -ve tu...yg mane ana rase salah,i try to avoid it...dn kat cni,ana btul2 dpt praktikkn batas2 pergauln yg ana dpt waktu skul dulu...kalau dulu,discussion antara banin bnt sgt la dielakkn...tp kat cni,itu bnde biasa...dan waktu tu la ana praktikkn sgl2nye..

alhmdulillah..
ALLAH permudhkn sglnye...Dia kurniakn ana bdak2 klaz yg memahami dn menghormati prinsip ana...kalau ade disscussion,boyz x kn duduk dkt2 sgt dgn ana...sedaya upaya diorg mengelak dari tersentuh w/pun dgn girlz lain diorg x mcm tu...now,i really love my claz n my lecturers n everything except the -ve one...

dulu,ana slalu fikir nape ALLAH x bg ana ipt yg islamic environmentnye???atau x p0n,satu ipt dgn kwn2 ana yg ana dh kenal???nape ALLAH campak ana kat ipt yg terpencil,sorg2 plak tu...
n now,i realise hikmahnye...hikmahnye...hehe...biar la ana je yg simpn...kalau nk cite kat cni mmg pjg...tp pape p0n,alhmdulillah ana dh dpt group usrah skrg..so,x la kering sgt...

setakat nie je la cite ana...kalau diikutkn pjg lg..tp cukup la nie...ana cume harap ntunna dpt ambik something drp cite ana...pape p0n,miss u all...korg ttp di hati...hehehe...:)))

Sunday, July 18, 2010

wah, semua dah besar!

assalamualaikum w.b.t! best rasanya nak publish post ni! penuh dengan kegembiraan yang menyala-nyala!



berikut menyatakan institusi -idaman- yang berjaya dijejaki oleh mahasiswi-mahasiswi generasi 15 sekolah menengah islam hira', jeram, kuala selangor.

afaf roslan- accounting, kolej universiti islam selangor
ainul mardhiah anuar haryono- sains hayat, matrikulasi banting
ai'nur munirah mohd isnan- kolej universiti islam antarabangsa selangor
ainur rafeeqah abdul rahaim- civil engineering, uitm penang
amal najihah anuar- kolej universiti islam antarabangsa selangor
amirah nabilah azmi- sains hayat, matrikulasi banting
amirah nasihah azmi- accounting, institusi professional baitulmal
amirah wajihah mazlan- accounting, institusi professional baitulmal
aqilah roslan- perubatan, universiti al-azhar
fatimah az-zahra' kamaruddin- dentistry, usim
fatin 'aliyyah mohd fazdli- human science, uiam nilai
fatin hanani zulkifli- syariah, kolej universiti islam selangor
hanisah misland- chemical engineering,UniKL Melaka
izzatul khairani mahyuddin- usuluddin, udm
khadijah radzuan- akademi pengajian islam, u.malaya
khairunnisa' nabilah mohd shukur- foundation architecture & environmental design, uiam pj
mariyya mohd rosli- asasi sains, uiam pj
nafisah noor malek- dentistry, universiti al-azhar
najihah ashaari- asasi engineering, uiam pj
nuhaa afiqah mohd kamal- islamic law, usim
nur mahirah mohd buang- pengurusan perniagaan, msu
nur najihah abdul muhaimin- stam, sekolah menengah islam hidayah ipoh
nur liyana ismail- foundation IT unisel
nurul ashikin abd. rahim- ???
nurul najwa nagmuddin- stam, sekolah menengah islam hidayah ipoh
raihanah idris- ???
shakirah abdul malik- tesl (teaching english as second language), udm
shafiah solehah ismail- perubatan, universiti al-azhar
tahirah amani abd. rahman- undg2 n syariah, usim
wan humaira' zahra'- ???
zahra' zainurrashid- stam, akademi ikatan muslimin




alhamdulillah! semua dah berjaya.. yang mana ??? tu, ana taktau. dah dihantar mesej, tapi tak berbalas.. kalau ntunna tau, post kat sini. yang mana ejaan salah, harap maaf..


semoga kita terus sukses!!!

Thursday, July 15, 2010

pengumuman penting!

bismillah.

assalamualaikum w.b.t.!

sejuta trillion kemaafan atas ketidak-update-an yang terlampau lama. tak mampu sepasang tangan ini memegang sebuah laman untuk dikongsi antara kita. actually, berharap ada orang yang volunteer untuk update blog ni dari masa ke masa....boleh? senang je, kalau rasa diri ntunna dah stabil dengan keadaan new environment, just poke me di fb. =)

bagi yang selalu ziarah blog ni, minta maaf banyak!

jomlah kita sama-sama pastikan segala aspek di update... dari segi blog ini, niat kita, topup kredit hphone, pelajaran kita, dsb..... terlalu banyak perkara yang perlu di update.

lastly,
dari Ibnu Mas'ud r.a,

-Haruslah engkau berilmu sebelum ilmu itu diangkat. Diangkat ilmu adalah dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya! Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil, lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama'. Kerana melihat kemuliaan itu. Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dilahirkan berilmu. Kerana ilmu itu adalah dengan belajar-
(kitab Ihya' Ulumuddin, Jilid 2)

-wallahualam-

Sunday, April 18, 2010

Jadi Muallimah..

Bismillah...alhamdulillah akhirnya dapat gak tulis post kat sni..kne sopan sket dh skang coz dh jd muallimah..MUALLIMAH NAJIHAH..hahaha!!!klaka plak bila dipikirin..

sje je nk brkongsi pengalaman sejak jd mllmh kt hira' tu..SMIH tau!!bkn SRIH..sbnrnya sblm SPM lg dh plan nk jd guru kt sni..xnk jd gru kt srih coz x suka layan bdak2 n x tahan pun nk layan diorang especially bdak2 yg ngada2!!!siap r diorg kne ngan ana kalo ana jd gru kt situ..

awal2 dlu ada k.gee..so, ada r teman..tp lepas bebrp mnggu k.g pergi mmbawa diri..tnggal r ana sorg kt sana tu..

mula2 dlu kne ajar budak form1..ble dpt tau, rse cm "argh!!!kne gak ajar bdak form1!!"dlm hati mmg dh bertekad xnak ajar bdak f1,tp apalah daya diri ini xmmpu membantah..hnye mmpu brtindak mengikut arahan..

nk dipendekkn citer,xlme pastu..mllmh wan panggil..

"najihah,bleh x tolong ajar math f5"
-time tu mllmh aniza dh benti..-

"ana??xpe ke mllmh..nnti ada parents yg complain plak..ye r ana ni bkn ada kelulusan pun.."

"xpe..bleh je..nti bleh x??mllmh nk confirmkn ni.."

"mm..ana x kesah..tp,diorg je r..nk ke diorg terima ana.."

"ok je..mllmh dh tnye.."

akhirnya ana terima dgn niat nk tolong bdak f5 coz dh 2 mnggu diorng xblaja math..

"tp nti kne ada kt sni smpai jun la ye.."

"mne bleh mllmh..plg lewat pun smpai mei bleh r.."

"xkesah r..pstikn sblm nti kuar,silibus diorg dh abis.."

fuhh!!5bln untuk stu bku math f5!!shadid r..

sblm ana msk kelas f5,ana dh dgr mcm2 citer dr bdak f5..ada yg memanggil ana 'dik gee', mklum r.. diorg panggil najihah yg 20thn tu kak gee, so ana yg 18thn ni diorg pnggl dik gee..

bila disuruh taaruf, ana mintak diorg sebut nama je..tiba,org yg pertama kata "nama ana...........umur,18 tahun.."dlm hati time tuu..pe ni..nk perli aku ke..

sepanjang ana mengajar f5,mcm2 gelagat diorg yg ana xthn nk gelak-especially kelas umar..dh r ana ni kuat gelak..-dan ada juga gelagat mrk yg byk mmberi pengajaran kt ana..

selain form5, ana juga ajar math f4waqi',math TQ4 & TQ5..
bila ditanya kwn2 "cmne jd mlmh??seronok ngajar??".satu jwpn ana "best kalo subjek yg kte ajar tu kte minat.."
tu pasallah mlmh wan tukarkn ana..drpd jd gru PI ke guru MATH..

teringat gelagat bdak2 waqi' time ajar diorang mathematical reasoning..ada sorg bdak tu xphm2 dr td..kwnnye terangkn kt dia..

"contohnya cmni.."kata kwnnye kpd dia

"premise 1:Budak waqi' kepala botak
premise2 : enta bdak waqi'..
conclusion:so,enta kepala botak r..hahaha!!"

"enta perli ana ke..""ok,ana plak bg contoh.."

"budak waqi' hitam..enta budak waqi'..so,enta hitam r..hahaha.."

mcm2 r diorg ni..xtahan btol..rse nk tergelak bila ingat balik..semangat sungguh..

secara keseluruhannya bekerja di hira' ni byk mengajar ana berkomunikasi dgn org ramai..dgn muallim/mah..dgn pelajar2..dan ramai lg..kdg2 terasa diri ni mcm dh tua coz slalu dikelilingi oleh org yg lbh tua..mllmh kt hira' tu pun sgt2la caring diorg ni..asal jmpe ana je,msti tnye "dh mkn?"..kalo ana xdtg,nnti esoknya mesti diorg tnye.."dh sehat ke??".terharu plak..

tp yg amat menyedihkn bru2 ni ana dibgtau yg kontrak ana habis hujung april ni coz sek dh jumpa guru tetap untuk ajar diorg..rasa cm sedih plak nk tinggalkn diorg..byk plak hutang2 yg blom terlangsai ag..sedihnya rasa x sme cm time sedih pas SPM aritu..coz aritu xramai org..

kpd shbt2 ana dan sesape yg baca post ni..ana nasihatkan,suasana bekerja xsme spt yg kte bayangkan dan xsme dgn suasana time jd student..mengajar sbnrnya lg susah dari belajar..sbb pe?sbb bile kte jd pljr,kte just kne belajar..tp ble kte jd guru,kte kne bljr dan mengajar org serta bersedia dgan apa soalan yg kte akan terima..

sekian, tu je..sekadar perkongsian..minta maaf andai terlukakan sesiapa..xberniat pun nak lukakan sesaper..tp sbnrnya nk share rasa sedih coz xtau r nk btau spe..

insyaallah..jika diizinkan kita berjumpa lagi..hehe..
-najihah MA-
11.58pm


harapan

kita adalah generasi harapan agama. walaupun kita wanita, tidakkah Aisyah Humaira' r.a dan Fatimah az-Zahra' r.a itu juga wanita..? kita mampu membangkitkan kembali daulah yang lama tidak kelihatan. walaupun hanya dengan sebuah blog...