ziarah lagi ye.. ;)

siapa setuju untuk buat reunion 8 tahun akan datang?

Thursday, September 16, 2010

Saya cakap, terima kasih

Bismillah, salaamun 'aleyk
*Maaf untuk post yang agak panjang dan mungkin bosan, harap sabar dan setia baca baris demi baris. Syukran.
***
'Erti hidup untuk memberi' seorang teman saya suka benar quote ni. Saya pun suka. 'bila saya menerima, saya belajar untuk memberi' saya juga suka quote ni- pasti, beri pada yang lain sesuatu yang baik.
Memberi. Luas skopnya, teramat. Memberi pada Tuhan, kita mengabdikan diri, menurut perintah, dll. Kita memberi ketundukan dan patuh kepada-Nya. Memberi pada makhluk, most simple example (s) ; memberi senyuman pada orang lain, beri salam, siram pokok, dll.
*Kengkawan, baca sini, ana ada satu cerita :) Tapi bukan apa pun, sekadar perkongsian dari pengalaman. Allahua'lam.
Hidup sebagai seorang uni student ada bezanya, hidup sebagai seorang uni student tak ada bezanya. Berbeza, sebab suasana uni yang tak macam sekolah. Tak ada beza sebab kita masih bergelar 'student', kita orang yang menuntut ilmu- sama macam pelajar sekolah. Alhamdulillah, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA di Malaysia tanah airku. Syukur! Even cemburu dengan anda yang berpeluang ke luar negara, Al-Azhar khususnya. oke. Dipendekkan ceritera, bila masuk tempat baru, saya dapat kawan baru. Sungguh, mereka baik-baik saja. Tapi, manusia ada lebih dan kurangnya. Seperti saya.
Seperti saya, pasti kebanyakan anda mengalamai apa yang saya alami- percampuran, pergaulan bebas antara lelaki perempuan. Tapi, bukan itu yang nak dibincangkan sekarang ni. Apa yang saya nak kongsi ialah- PERASAAN. Saya jumpa macam-macam jenis orang, macam-macam perasaan. Sensitif over dose *maaf, agak panas baran *maaf lagi, suka bercakap- kalau benda baik tak kisah, tapi kalau suka argue- even benda tah apa-apa, memang saya kisah *maaf lah.
Kasih dan kisah. Saya kisahkan kawan-kawan perempuan saya. Semampunya, saya cuba faham dan jaga mereka. Tapi, seperti kata sudah, setiap manusia ada kelemahan dan sedayanya juga, saya cuba menerima kelemahan yang lain. Lesson 1 : Saya belajar untuk menerima- celebrate our differences! Malah, di sini saya juga merasa betapa indahnya ukhuwah lillahi ta'ala. Lesson 2 : Kasihlah kerana Allah- memang berbaloi. Kekadang, ada kawan saya yang bergaduh dengan kawan lagi satu. Bergaduh sebab hal remeh. Allahua'lam. Jadi, kadang-kadang saya terfikir. Kasih kerana apa? Sayang kerana apa? Saya juga akan tanya diri sendiri. Kawan sebab apa? Memberi sebab apa? Ikhlas atau tak, tanyalah hati. Ikhlas, hanya Dia mampu nilai. Tepuk kepala kerunsingan, tepuk perut kekenyangan, tepuk dada tanyalah iman. Jadi, ada waktunya saya sangat rindukan ukhuwah bersama-sama anda :)
'Give and we shall receive', ikhlaslah dalam memberi apa jua. Insya-Allah, Allah akan beri sebaik-baik ganjaran. Bukanlah pujian mahupun penghargaan gah daripada manusia yang kita ternanti-nanti, kan, kan? Memberi. Jadi, seikhlas hati, tulus dari hati, terima kasih. Sama-sama memberi. Lagi, saya cakap, terima kasih ini. Sudilah untuk menerima kasih saya ini. Lillahi ta'ala, insya-Allah. Moga terlerai segala tegang urat antara kita, prasangka, dll.
Terimalah kasih daripada saya ini. Moga Allah reda!
Daripada saya yang cinta anda ;
p/s: Maaf atas segala kurang dari post ni. Ana, faqir ilallah.

2 comments:

  1. salam alayk.

    waaaaaah, tharu ana baca post nt! ana juga rindu utk berukhwah bersama yg lain..

    bila kat skola dulu, mungkin nmpk kita kurang care dgn sesetgh org. tp percayalah, kluar je skola + bergaul dgn masyarakat baru, kita akan rndu kwn lama. (for me)

    p.s. to 'Amirah, hadkan jeles nt. hehe. smpai skrg, ana masih tak percaya ana AKAN ke azhar. =)

    salam rindu dan mahabbah awi2!!!!
    aQilah

    ReplyDelete
  2. wslm.
    wahaa, oke2 ana hadkan jeles ana:)

    btul tu, ngt lg mse ana f4 dolu2. ble kt skola baru tu ana rse yg antnna ni snanye the best!even maybe ad slh fhm, tak rapat...tp jujurny, ana ske antnna n salute kt antnna. *ooo maaf,bkn bias eh*

    anywy seyes,salah satuny antnna ni matang kot.even ad yg cm bbudak, tp fiil tu kene tmpat la.aha~

    aa,time kaseh aqilah!ana rindu btol3 ngn sume.ok!moge thabat la, tk kire kat mne antnna skng ni.cme ana ngatkn,be smooth in ur way coz d world y'll face is hard, and hard doesn't match wif hard. kte saling ingat2kn.

    snanye ap yg ana nmpk. [kot la]. kwn2 kte ni nkkn role mdel drpd sumone, yg diorng bleh nmpk ngn mate kpale dyorng sndiri [even diorng taw Rasulullah cth terbaik]..tp ap yg diorng tw tu diorng tk nmpak, just tahu 'teori'. so, jdlh qudwah, cerminkn sifat2 baik tu melalui diri kte. sbb kalu bkn kte, spe lg? i/Allah, diorng akn fhm dn nmpk btul cmne 'praktiknye' dn kesan2ny.

    again, sama2 kita ikhlas, lillahi ta'alaa :)
    rabbunayuqawwiy,rabbunayusahhil.

    ReplyDelete

harapan

kita adalah generasi harapan agama. walaupun kita wanita, tidakkah Aisyah Humaira' r.a dan Fatimah az-Zahra' r.a itu juga wanita..? kita mampu membangkitkan kembali daulah yang lama tidak kelihatan. walaupun hanya dengan sebuah blog...